Posts

Cintakah Kita? part 4

Hatiku sayu. Biasa kalau meladeni perasaan sedih, arah tuju aku pasti ke masjid. Tak tahu kenapa. Tapi biasa kalau hati nak tenteram, pandu kereta kemana-mana arah cari masjid yang jauh dari kawasan rumah. Dah terbiasa sejak di bangku sekolah menengah. Sementelahan aku dari sekolah asrama, elemen kerohanian sedikit sebanyak mendidik jiwa. Hati tak tenang, duduk beriktikaf di masjid. Aku bukan alim pun. Aurat juga tidak tertutup sempurna. Biasalah manusia, bila susah baru ingat Tuhan.  Keheningan suasana Masjid Besi Putrajaya diserikan dengan suara muazim mengalunkan azan, menggamit-gamit kesedihan aku. Merdu. Pasti muazin muda. Mematikan enjin kereta, aku mencapai telekung di tempat duduk belakang. Usai solat maghrib berjemaah, aku berteleku seketika sambil memandang sekitar masjid. Tenang. Keseluruhan tumpuan aku cuba difokuskan kepadaNya sebentar tadi. Jemaah wanita perlahan-lahan beransur kurang. Namun masih ada beberapa individu yang masih berteleku seperti aku. Mungkin menanti seh

Cintakah Kita ? part 3

"Assalamualaikum.." aku jengukkan kepala ke luar tingkap kereta. Menyapa Pak Piee, pegawai keselamatan Sekolah Rendah Al-Amin yang mesra. Namun gundah di hati tetap juga mengetuk-ngetuk. Hampir setengah jam menunggu, masih tak nampak bayang-bayang Raiqah dan Raisha. Kebiasaannya, habis waktu sekolah jam 6.10 petang, dah terus menunggu depan pagar sekolah. Takkan sebab aku lambat 15 min? Allahu..  Aku toleh melihat jam di tangan. Hampir jam 7.00 petang! Kawasan sekolah dah mula sunyi. Hanya tinggal beberapa murid yang masih menanti. Perlahan aku buka pintu kereta dan menapak ke arah Pak Piee yang berdiri depan pagar sekolah. Enjin kereta aku biarkan hidup. "Eh, Puan Iman? Anak-anak dara Puan Iman tadi dah dijemput Doktor. Ingat memang Puan Iman tak datang." sapaan Pak Piee buat aku terkedu. "Oh, suami saya ada lah datang tadi ya pak cik? Lupa pula dah berjanji dengan dia. Selalu saya yang ambil, itu yang terbiasa." aku cuba menutup kekagetan aku.  "Tak

Cintakah Kita? part 2

"So, apa reaksi Mika?" tanya Naima sambil menyelak majalah di tangan. Naima tak pernah tak berfesyen. Cantik dan mesra muslimah. Banyak cara pemakaian aku dipengaruhi dia. Pengaruh yang sangat baik. Aku mula belajar untuk menutup aurat lebih baik dari sebelumnya. Hati wanita bernama Naima ini pun bukan lembut mana. Sampai sekarang tak kahwin lagi. Tak sampai seru katanya. "Iman, I'm asking you . Iman dengar tak Nam kata apa ni? Boleh pula termenung." majalah yang diselak-selak, di letak atas meja tanda perbualan 'serius'. No more backing off. "Iman dengarlah Nam.." aku jawab meleret. Sehabis mungkin aku cuba melengahkan perbualan kami. Aku sebolehnya tidak mahu berfikir apa yang berlaku antara aku dan Mikael. Bucu kusyen kecil yang aku pegang, aku tarik-tarik tanda hati gelisah. "Ehh.. Nam ingat tak En. Haidar yang kita jumpa hari tu. Pegawai Eksekutif Keris Holding yang selalu Iman communicate . Iman rasakan.. En. Haidar minat

Change is good.

Assalamualaikum. Dalam tak sedar, rupanya aku ada blog lagi satu ini. Serius lupa langsung kewujudan blog 'Life is so fascinating'. Kemungkinan besar akan ada perubahan dari segi design. Cerita yang sedia ada di sini, kekal. Sekarang mencari idea nak sambung semula. Jammed. Bila baca koleksi aku, tak sangka aku boleh dengan imaginasi sebegitu rupa. haha. Gilaaaaa. Maaf kalau ada kawan-kawan yang follow cerita. bertahun tertunggak cerita-cerita tu. ya lah, masa belajar kan, ada lah idea nak menulis. sekarang? entahhh laaa. Mohon sabar ya. Aku cuba cari idea untuk tamatkan cepat cerita-cerita tu. Sekarang ni pun proses membaca dan kikis-kikis idea yang tinggal-tinggal serpih. adehh.

...

friendship... begins with simple talk. it blooms into a long deep conversation. next thing you know.. you begin to care so much.♥ mmm..

Cintakah kita? part 1

Salam. Maaf sangat-sangat dah lama tak update blog nih. Buat masa ni tak ada idea nak sambung DAA. Jangan risau, aku akan berusaha juga sambung cerita tu. So, in the meantime.. Layan cerpen ni dulu ok? "Good night, baby. Come here, give mama a kiss." kupeluk erat-erat dan cium anak gadisku dua orang itu. Raiqah berusia 9 tahun dan Raisha 7 tahun. "Good night mama. We love you." mereka turut mencium dan memelukku erat. "Hey, why don't you girls give ayah an extra hug, nice and tight?" aku berbisik di telinga gadis-gadisku. "Ok mama!" terusan mereka meluru ke arah suamiku. "Oh, what's this all about?" suamiku yg sedang buat kerja, terkejut dengan terpaan pelukan Raiqah dan Raisha. "Mama said to give you extra hugs!" kata Raisha riang disambut juga anggukan oleh Raiqah. Aku hanya memerhatikan mereka anak-beranak. Jiwa yang gelisah sedari petang masih jua belum tenang. "Extra hugs? How about ext

apa yg dikatakan, tak semestinya yg dimaksudkan.

Salam. Just another story of mine. Baca je lah ok? Kalau tak nak pun tak apa. =) 'lapar. :-('  Itu mesej yg aku terima. 'ok. Jom makan. Pukul 8 jumpa kat ______________' Aku reply semula.  *pandai-pandailah korang fill in the blanks. Selepas berbalas-balas beberapa mesej yg aku malas nak re-taip kat sini, 'ok. Jumpa pukul 8' sekali lagi aku ingatkan. ':-)' Reply yg diterima, tanda setuju.  *kira macam janji dah termaktub la kan? Time tu dah maghrib, solat dan aku pergi mandi jap before nak pergi makan tu. Selesai mandi, aku tengok jam. Alamak, dah pukul 8. Aku bagi mesej lagi sekali. 'kalau dah sampai, bagitau' Tiada reply. Tak sampai lagi la kot. So aku pergi dulu. Kebetulan ramai la pula orang nak makan time tu. Then, aku sms lagi. 'Dah sampai kafe. Nak pesankan apa-apa tak?' Aku takut bila dah ramai sangat nanti, lambat pulak dapat makanan. So, aku order je makanan dulu. Tapi untuk aku jelah. Tak terima reply sms aku pun