Dia atau Aku?? 2

“Awal bangun hari ni Yana?” sapaan Fauzan, menyebabkan tangan aku terhenti menyiram bunga. 

Kejap, Fauzan ke tu? Dia bahasakan ‘aku’ ‘kau’. Yana? Family dia yang lain saja yang panggil aku Yana. 

Aku menoleh. Oh.. Farhan! 

Farhan adalah abang Fauzan tapi lahir sama tahun dengannya. Kira macam kembar la.. Fauzan lahir akhir tahun. Farhan pula awal tahun. Tapi, aku bukan rapat sangat dengan Farhan. Waktu kecil dia duduk dengan keluarga pak long Hamid, abang kepada ayah mertua ku. Sampai la futher study ke Korea. Tapi, ada juga aku jumpa dia sekali-sekala masa cuti sekolah. Walaupun masa Farhan lebih banyak dihabiskan dengan bapa saudaranya, dia masih boleh bermesra dengan adik-beradiknya yang lain. Tak luak pun kasih sayangnya. Terasa kagum sekejap. 

“Awal ke? Tak la..” aku melihat jam di tangan dan menutup pili air. 

Tenang.. Gembira tengok bunga-bunga yang umi tanam. Cukup mendamaikan jiwa aku yang masih lara ini. 


“Mana Fauzan? Takkan tidur lagi? Biasanya dialah yang paling awal bangun.” Tanya Farhan sambil gerak ke gazebo. Aku menoleh sekilas. Tertangkap dengan senyumannya yang lebih kepada isyarat ‘jom sembang’. 

“Dia sambung tidur balik lepas solat subuh.” Aku duduk menghadap Farhan. 

Sekali pandang, sebiji macam Fauzan. 

Raut wajah. 
Ketinggian. 
Senyuman. 
Suara. 
Semuanya sama. 

Cuma yang bezanya, hairstyle. Rambut Fauzan agak spiky manakala gaya rambut Farid macam korean look. Tak bersikat gayanya. Mungkin sebab lama belajar kat sana, itu yang terikut-ikut kot. 

“Muka sembab je.. tak cukup tidur ke? Oh.. Mestilah tak cukupkan?” ada nada nakal di situ. Keningnya terangkat-angkat. Pipi aku mula terasa panas. Agak-agaklah.. Tak bertapis langsung mamat ni bila bercakap. 

“Ish.. mana ada. Pandai-pandai je abang Han ni..” aku memegang kedua-dua belah pipiku. Cuba meredakan ‘panas’ yang semakin menjadi-jadi ni. 

“ Hahaha... dah blushing.” Usik Farhan lagi. 

“ok.. ok.. Tak mahu sakat lagi.”Farhan mengangkat tangan tanda surrender. Aku memang cepat blushing. Walaupun kulitku tidaklah secerah mana, tapi bila dah start malu.. memang aku dah tak boleh nak sorok. 

“Oh, ya.. Tak payah panggil abang Han. Macam dah tua sangat pulak. Just call me Han. Ala.. kecik-kecik dulu elok je panggil Han. Ni, pe kes panggil abang Han pulak? Lagipun, kita lahir tahun yang sama. Tak ada beza pun.”sebuah senyuman dihadiahkan padaku. 

Serius.. walaupun Farhan mirip Fauzan, tapi aku masih boleh membezakan mereka. Farhan kelihatan lebih ceria dan mesra berbanding Fauzan yang garang dan sentiasa serius. Lagi pula, emosi Fauzan tak stabil. Kejap marah, kejap selamba. Aku pun tak faham. 

“Ok.. Yana tak kisah. Bila Han nak balik Korea? Lama lagi ke cuti?” aku sekadar berbasi-basa. 

“Eh, Angah tak bagitau Yana ke yang Han sekarang tolong ayah kat pejabat?” pertanyaan Farhan aku balas dengan kerutan di dahi. Fauzan tak beritahu apa-apa pun. Yelah.. Siapalah aku untuk dia berkongsi cerita. 

“Eh, dahi tu kenapa?” sentuhan Farhan di dahiku membuat aku tersentak. 

Spontan, aku menepis tangannya. Raut wajah Farhan benar-benar memperlihatkan kerisauan.
Aduh.. macam mana la aku boleh terlupa yang dahi aku luka? 

“Haa? Oh.. Hahaha.. Terhantuk semalam kat almari masa cari baju” aku hanya tersengih menutup malu dan debarku. Tanganku membetul-betulkan kedudukan rambut. Sentuhan Farhan mengingatkan aku kembali apa yang terjadi semalam. 

******************************************* 
DUMM!

“Kenapa tu?” Fauzan menerpa ke arahku. 

“Pedih..”aku menekup lukaku. 

Mata masih rasa berpinar-pinar. Sakit kepala makin menjadi-jadi. Dengan keadaan pening-pening lalat aku cuba bangun. Tak sampai sesaat aku rasa tubuh aku melayang. Namun pantas dicempung oleh Fauzan. Tersentak. Tapi aku tidak mampu berkata apa-apa. Pedih yang mencucuk-cucuk hanya membuatkan aku kaku dalam dukungan Fauzan. 

Perlahan-lahan Fauzan mendudukkan aku di sofa. Sejurus dia bergerak ke almari. Menutup pintu almari dan mengambil ­first aid. Sempat juga dia mencapai kemejanya, tuala kecil dan sebekas air dalam bilik air. 

Fauzan memakaikan kemejanya. Segan dan malu. Itu yang mampu aku ekspreskan. Aku hanya kaku menerima segala perbuatannya. Dengan cermat Fauzan membersihkan darah di tangan dan dahiku dalam keadaan melutut dihadapanku. Seketika, aku terasa sesuatu. Perasaan yang dahulu pernah menghilang, kini datang kembali. Berdetak-detak jantungku. 

“Ah..” aku berpaling demi mengelakkan dahiku tersentuh kapas beriodine itu. Pedih.. 

“Don’t be stubborn! Nasib baik luka kecil je. Kalau kena berjahit macam mana?” tangan kiri Fauzan menampung belakang kepalaku. Sekali lagi cuba membersihkan lukaku. 

“Kau cari baju-baju kau ke?” terasa lembut hembusan Fauzan di dahiku. Aku terbuai sebentar.
“Ye..” aku menjawab dalam keadaan mata tertutup. 

“That’s why aku tak bagi kau tidur awal. Aku nak bagitahu pasal baju kau la.” Kini matanya fokus ke wajahku. Spontan juga aku membuka mata. 

Sesaat..
Seminit..
Dua minit.. 

“Ehem... ehem..” aku cepat-cepat berdehem. Fuh.. hampir cair. Aku mejarakkan diri sambil membetulkan kemeja yang aku pakai. Tarik. Tarik. Menutup paha yang terdedah. Takut tergoda dan silap hari bulan, aku pula yang dituduh menggoda Fauzan. Fauzan pula bingkas bangun bersama bekas air dan first aid di tangan. 

“Kau tidurlah dulu. Esok aku bagitahu dekat mana baju kau. Haa.. Tidur je atas katil tu. Letak bantal peluk tu kat tengah-tengah.” Selesai berkata, Fauzan menghilang di sebalik pintu. Aku hanya memandang kosong ke arah pintu yang ditutp perlahan. 

Aku bergerak ke katil. Dialihkan bantal peluk ke tengah. Dia tak kesah ya aku tidur atas katil? Ah.. Gasaklah.. Perlahan-lahan aku membaringkan badan. Ditarik selimut hingga ke paras dada. Mata yang ditahan ngantuk tadi, dah tak mampu ditahan-tahan lagi. 

Satu kelip..
Dua kelip..
Tiga kelip..
Zzzzzzzzzzzzzzz................

Comments

Popular posts from this blog

Dia atau Aku?? 3

Cintakah kita? part 1