Posts

Showing posts from 2009

Dia atau Aku?? 2

“Awal bangun hari ni Yana?” sapaan Fauzan, menyebabkan tangan aku terhenti menyiram bunga.  Kejap, Fauzan ke tu? Dia bahasakan ‘aku’ ‘kau’. Yana? Family dia yang lain saja yang panggil aku Yana.  Aku menoleh. Oh.. Farhan!  Farhan adalah abang Fauzan tapi lahir sama tahun dengannya. Kira macam kembar la.. Fauzan lahir akhir tahun. Farhan pula awal tahun. Tapi, aku bukan rapat sangat dengan Farhan. Waktu kecil dia duduk dengan keluarga pak long Hamid, abang kepada ayah mertua ku. Sampai la futher study ke Korea. Tapi, ada juga aku jumpa dia sekali-sekala masa cuti sekolah. Walaupun masa Farhan lebih banyak dihabiskan dengan bapa saudaranya, dia masih boleh bermesra dengan adik-beradiknya yang lain. Tak luak pun kasih sayangnya. Terasa kagum sekejap.  “Awal ke? Tak la..” aku melihat jam di tangan dan menutup pili air.  Tenang.. Gembira tengok bunga-bunga yang umi tanam. Cukup mendamaikan jiwa aku yang masih lara ini.  “Mana Fauzan? Takkan tidur lagi? Biasanya dialah yang paling awal b

Selamat Tinggal Pujaanku.. Selamat Tinggal Cintaku...

Image
PART I  Bismillahirahmanirahim...  Pejam celik.. pejam celik.. dah hampir 6 tahun aku memendam rasa.. Hui.. Pendam rasa apa ye?? Pendam rasa suka dekat seorang insan yang bergelar lelaki. Rasanya tak perlulah aku menulis apa namanya. Nanti kecoh la pulak. Hehehe.. Aku yang tersipu-sipu.. Tapi lebih baik aku bagi dia gelaran.. Aku gelarkan dia, Mr. Luisfigo. So, yang pastinya Mr. Luisfigo lagi tua dari aku. Alah... 2,3 tahun je tua. Aku  start  minat pada Mr. Luisfigo since umur aku 13 tahun. Hui.. Lama kan?? Nak buat cam mana.. Kalau hati dah suka betul tak?? Aku minat dia dalam diam je. Aku bukan jenis yang berani terus nak tunjuk muka dan beritahu kat dia. Aku pun ada rasa segan lah. Mula-mula aku tak adalah nak suka sangat. Tapi, lama-lama 'perasaan' tu makin bercambah. Wah! Hahaha.. Ayat jiwang la pulak. Betul la kata orang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Aku  start  jadi  stalker . Wakaka.. jadi pemerhati dalam diam. Geng aku tau siapa Mr. Luisfigo tu. Mereka yang bantu

Dia atau aku?? Episod 1

“Seronok? Puas hati?” bisikan berbaur sinis Fauzan membuatkan aku terpaku. Suaranya kedengaran dekat di cuping telingaku. Terasa nafasnya di leherku. Aku memandang sekeliling. Cuba mencari kekuatan. Nafasku tarik. "Apa maksud awak?” aku bertanya. Getar suaraku membuatkan Fauzan tergelak sinis. Semakin sinis. “Buat-buat tak tahu ke.. or memang dah tahu?!” aku tersentak. Tangannya yang sudah melingkari pinggangku hanya mampu kupandang sahaja. Semuanya lakonan. Setakat mengaburi mata sanak saudaranya yang melihat kami ketika itu. Kononnya mesra! Aku semakin sakit hati. Dari saat kami diijabkabul lagi Fauzan mula bersikap sinis. “Kalau awak tak suka dengan perkahwinan ni, kenapa awak terima pula? Awak boleh tolak kalau awak tak nak. Sekarang ni awak nak salahkan saya pula?!” aku melawan tapi masih ditahap bisikan. Takkan nak menjerit pula? Aku leraikan pegangan tangan Fauzan dipinggangku dan berpusing menghadapnya. Kesabaran aku pun ada tahapnya