Posts

Showing posts from 2020

Cintakah Kita? part 4

Hatiku sayu. Biasa kalau meladeni perasaan sedih, arah tuju aku pasti ke masjid. Tak tahu kenapa. Tapi biasa kalau hati nak tenteram, pandu kereta kemana-mana arah cari masjid yang jauh dari kawasan rumah. Dah terbiasa sejak di bangku sekolah menengah. Sementelahan aku dari sekolah asrama, elemen kerohanian sedikit sebanyak mendidik jiwa. Hati tak tenang, duduk beriktikaf di masjid. Aku bukan alim pun. Aurat juga tidak tertutup sempurna. Biasalah manusia, bila susah baru ingat Tuhan.  Keheningan suasana Masjid Besi Putrajaya diserikan dengan suara muazim mengalunkan azan, menggamit-gamit kesedihan aku. Merdu. Pasti muazin muda. Mematikan enjin kereta, aku mencapai telekung di tempat duduk belakang. Usai solat maghrib berjemaah, aku berteleku seketika sambil memandang sekitar masjid. Tenang. Keseluruhan tumpuan aku cuba difokuskan kepadaNya sebentar tadi. Jemaah wanita perlahan-lahan beransur kurang. Namun masih ada beberapa individu yang masih berteleku seperti aku. Mungkin menanti seh

Cintakah Kita ? part 3

"Assalamualaikum.." aku jengukkan kepala ke luar tingkap kereta. Menyapa Pak Piee, pegawai keselamatan Sekolah Rendah Al-Amin yang mesra. Namun gundah di hati tetap juga mengetuk-ngetuk. Hampir setengah jam menunggu, masih tak nampak bayang-bayang Raiqah dan Raisha. Kebiasaannya, habis waktu sekolah jam 6.10 petang, dah terus menunggu depan pagar sekolah. Takkan sebab aku lambat 15 min? Allahu..  Aku toleh melihat jam di tangan. Hampir jam 7.00 petang! Kawasan sekolah dah mula sunyi. Hanya tinggal beberapa murid yang masih menanti. Perlahan aku buka pintu kereta dan menapak ke arah Pak Piee yang berdiri depan pagar sekolah. Enjin kereta aku biarkan hidup. "Eh, Puan Iman? Anak-anak dara Puan Iman tadi dah dijemput Doktor. Ingat memang Puan Iman tak datang." sapaan Pak Piee buat aku terkedu. "Oh, suami saya ada lah datang tadi ya pak cik? Lupa pula dah berjanji dengan dia. Selalu saya yang ambil, itu yang terbiasa." aku cuba menutup kekagetan aku.  "Tak

Cintakah Kita? part 2

"So, apa reaksi Mika?" tanya Naima sambil menyelak majalah di tangan. Naima tak pernah tak berfesyen. Cantik dan mesra muslimah. Banyak cara pemakaian aku dipengaruhi dia. Pengaruh yang sangat baik. Aku mula belajar untuk menutup aurat lebih baik dari sebelumnya. Hati wanita bernama Naima ini pun bukan lembut mana. Sampai sekarang tak kahwin lagi. Tak sampai seru katanya. "Iman, I'm asking you . Iman dengar tak Nam kata apa ni? Boleh pula termenung." majalah yang diselak-selak, di letak atas meja tanda perbualan 'serius'. No more backing off. "Iman dengarlah Nam.." aku jawab meleret. Sehabis mungkin aku cuba melengahkan perbualan kami. Aku sebolehnya tidak mahu berfikir apa yang berlaku antara aku dan Mikael. Bucu kusyen kecil yang aku pegang, aku tarik-tarik tanda hati gelisah. "Ehh.. Nam ingat tak En. Haidar yang kita jumpa hari tu. Pegawai Eksekutif Keris Holding yang selalu Iman communicate . Iman rasakan.. En. Haidar minat