Cintakah Kita? part 4

Hatiku sayu. Biasa kalau meladeni perasaan sedih, arah tuju aku pasti ke masjid. Tak tahu kenapa. Tapi biasa kalau hati nak tenteram, pandu kereta kemana-mana arah cari masjid yang jauh dari kawasan rumah. Dah terbiasa sejak di bangku sekolah menengah. Sementelahan aku dari sekolah asrama, elemen kerohanian sedikit sebanyak mendidik jiwa. Hati tak tenang, duduk beriktikaf di masjid. Aku bukan alim pun. Aurat juga tidak tertutup sempurna. Biasalah manusia, bila susah baru ingat Tuhan. 

Keheningan suasana Masjid Besi Putrajaya diserikan dengan suara muazim mengalunkan azan, menggamit-gamit kesedihan aku. Merdu. Pasti muazin muda. Mematikan enjin kereta, aku mencapai telekung di tempat duduk belakang.

Usai solat maghrib berjemaah, aku berteleku seketika sambil memandang sekitar masjid. Tenang. Keseluruhan tumpuan aku cuba difokuskan kepadaNya sebentar tadi. Jemaah wanita perlahan-lahan beransur kurang. Namun masih ada beberapa individu yang masih berteleku seperti aku. Mungkin menanti sehingga ke isyak memandangkan jarak waktu maghrib dan isyak tidak terlalu lama. Lidahku tidak berhenti mengalunkan zikir, namun fikiranku tetap ligat berfikir.

"Assalamualaikum Cik.." aku toleh ke belakang. Terhenti seketika alunan zikirku.

"Waalaikumussalam. Ya?" raut wajah wanita yang menegur, aku kira umurnya muda sedikit daripada aku.

"Pihak masjid ada anjurkan usrah buat jemaah wanita selepas maghrib hingga sebelum isyak. InshaaAllah lagi 5 min kami start. Kami adakan di halaman luar sana atas rumput. Jemput turut serta ya Cik." manis dan sejuk mata memandang. Mesti ramai peminat gadis ini.

"Oh, boleh juga.." aku bangun dan melangkah mengikuti si gadis yang menegur tadi. 

------

"Imam Nawawi mengatakan, ketahuilah seorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya dari sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama sahaja hasilnya maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh. Kejadian demikian tidak banyak berlaku tetapi kebaikan darinya adalah jarang." terdiam. Secara lembut menampar hati.

"Sabda Rasululllah saw bermaksud.." 

"Bukanlah ia seorang mukmin jika ia menuduh, melaknat, bercakap kotor dan keji. Hadis riwayat At-Tirmizi.." Arluna memandang tepat kepada aku. Ah, kebetulan.

Rupanya gadis yang menegur aku adalah naqibah yang mengetuai usrah hari ini. Katanya, dia bukan ustazah tapi sekadar menawar diri berkongsi pengalaman yang ada. Kagum. Bukan sahaja cantik dengan wajah yang agak eksotik, tetapi juga ramah menyampaikan usrah.

"Konteks usrah saya hari ini bukan berkenaan mengumpat sesama kita. Hal berkenaan saya rasa semua maklum, betul?" hampir semua orang mengangguk. Aku masih diam mendengar.

"Konteks usrah hari ini khas buat para isteri, menantu dan anak perempuan. Kebiasaanya mengadu domba, membuka aib, kegemaran para isteri dan menantu. Saya juga tidak terkecuali." kelihatan dua tiga orang yang tersengih.

"Wanita itu tercipta dengan sifat senang bercerita. Kalau bahasa pasarnya, bergosip. Maka berhati-hatilah kita para wanita, jangan sampai kita buka aib keluarga kita, terlebih aib suami kita. Kunci kebahagian bukan bercerita-cerita kisah bawah selimut. Tidak kira apa yang dilihat kita itu adalah benar atau hanya sekadar andaian. Jika kita ada salah faham dengan suami, berbincang. Kalau rasa sukar, takut meluah rasa, maka berdiam, cuba analisis keadaan, selagi mana keadaan itu tidak bercanggah dengan syariat, berdiam itu lebih baik. Moga Allah beri petunjuk kepada semua perkara yang telah Dia tetapkan. Ketahuilah, setiap apa yang kita lalui, pasti ada sebabnya. Mendedahkan aib suami, bercakap perkara yang tidak baik sehingga menyinggung perasaan tidak menyelesaikan masalah. Malah mungkin hanya akan menjadi penambah kerumitan." tertunduk aku. Tajam menusuk hati.

Hajat hati bila sampai rumah nanti, berbakul-bakul ayat aku nak tembak pada Mikael. 
Kenapa selepas 10 tahun nak berlaku curang?
Siapa Sarah?
Kenapa biarkan Raiqah dan Raisha kenal dengan Sarah tanpa izin aku?
Kenapa biarkan aku terapung-apung dengan sikapnya yang dingin?
Tiada rasa cinta lagikah?
Kenapa, kenapa dan kenapa?

"Sekian, inshaaAllah panjang umur, kita jumpa lagi minggu depan. Sesi minggu mungkin ada dalam kalangan saudari yang ingin berkongsi cerita?" Arluna melihat wajah-wajah yang bersama dalam sesi usrah tersebut. Pandangannya jatuh kepada aku.

"Maklumkan siapa-siapa yang berminat ya. On the spot pun boleh." Arluna menambah. Usai bersalam dan berlaga pipi dengan hadirin yang ada, aku menapak kembali masuk ke ruang solat.

"Cik okay ke?" soalan Arluna membuat langkah aku terhenti.

"Maaf Cik..? Saya Nina atau seperti Cik maklum, nama saya Arluna." senyumannya melapang jiwa. Untung suami Arluna!

"Oh, nama saya Nur Iman. Boleh panggil Iman." senyumnya aku balas.

"Terima kasih sudi lapang masa sertai kami. Seronok bila dapat berkumpul dengan kenalan baru." ujar Arluna. Soalannya tadi seolah cuba dibiarkan. Mungkin tahu keberatan aku menjawab soalannya.

"Terima kasih juga jemput. InshaaAllah, jika singgah di sini lagi, I'll be joining your girls again." penutup bicara sementelahan azan isyak berkumandang. Genggaman Arluna sedikit sebanyak menaikkan motivasi diri aku. Such a blessing. Allah seolah menjawab segala kegusaranku melalui ajakan Arluna.

Kali ini, solat isyak aku terasa lebih terisi dan tenang. Ya, Tuhan tidak pernah menduga melebihi kemampuan hambaNya. Dan sebab itu, aku bersyukur bagi setiap nikmat yang Dia kurniakan.












Comments

Popular posts from this blog

Dia atau Aku?? 2

Dia atau Aku?? 3

Cintakah kita? part 1