Posts

Showing posts with the label Dia atau aku?

Dia atau Aku?? 3

Episod 3 “Abang Han!! Kak Yana!! Mak uda panggil breakfast!!” jeritan Damia mengejutkan lamunan aku. Terbang segala apa yang aku teringatkan tadi. “Ok, nanti abang Han dengan kak Yana datang.” Jawab Farhan sambil terus-terusan merenung aku. Aku menunduk. Segan pula direnung sebegitu rupa. “Yana dengan Angah baik-baik je kan?” Farhan bertanya. Matanya masih lagi merenung membuatkan aku semakin gelisah dan rimas. “Yana..” “Baby... Nape tak masuk lagi?” Baby? Aku menoleh ke arah suara itu. Fauzan!! Pandangannya yang aku tak tahu nak gambarkan macam mana. Aku bangun dari kerusi. Dupp! Sekali lagi terasa jantungku nak tercabut. Tangan Fauzan elok memeluk pinggangku. Ditarik aku rapat ke sisinya. Matanya memandangku. “Nak sembang dengan Han lama-lama, lepas ni pun boleh. Kita makan dulu ye?” lembut tutur katanya tetapi nada seperti marah. Aku pun tak pasti. Wajah Fauzan dan Farhan aku pandang silih berganti. Farhan mempamerkan wajah yang tidak puas hati. Mungkin dia tak puas hati sebab...

Dia atau Aku?? 2

“Awal bangun hari ni Yana?” sapaan Fauzan, menyebabkan tangan aku terhenti menyiram bunga.  Kejap, Fauzan ke tu? Dia bahasakan ‘aku’ ‘kau’. Yana? Family dia yang lain saja yang panggil aku Yana.  Aku menoleh. Oh.. Farhan!  Farhan adalah abang Fauzan tapi lahir sama tahun dengannya. Kira macam kembar la.. Fauzan lahir akhir tahun. Farhan pula awal tahun. Tapi, aku bukan rapat sangat dengan Farhan. Waktu kecil dia duduk dengan keluarga pak long Hamid, abang kepada ayah mertua ku. Sampai la futher study ke Korea. Tapi, ada juga aku jumpa dia sekali-sekala masa cuti sekolah. Walaupun masa Farhan lebih banyak dihabiskan dengan bapa saudaranya, dia masih boleh bermesra dengan adik-beradiknya yang lain. Tak luak pun kasih sayangnya. Terasa kagum sekejap.  “Awal ke? Tak la..” aku melihat jam di tangan dan menutup pili air.  Tenang.. Gembira tengok bunga-bunga yang umi tanam. Cukup mendamaikan jiwa aku yang masih lara ini.  “Mana Fauzan? Takkan tidur lagi? Biasa...

Dia atau aku?? Episod 1

“Seronok? Puas hati?” bisikan berbaur sinis Fauzan membuatkan aku terpaku. Suaranya kedengaran dekat di cuping telingaku. Terasa nafasnya di leherku. Aku memandang sekeliling. Cuba mencari kekuatan. Nafasku tarik. "Apa maksud awak?” aku bertanya. Getar suaraku membuatkan Fauzan tergelak sinis. Semakin sinis. “Buat-buat tak tahu ke.. or memang dah tahu?!” aku tersentak. Tangannya yang sudah melingkari pinggangku hanya mampu kupandang sahaja. Semuanya lakonan. Setakat mengaburi mata sanak saudaranya yang melihat kami ketika itu. Kononnya mesra! Aku semakin sakit hati. Dari saat kami diijabkabul lagi Fauzan mula bersikap sinis. “Kalau awak tak suka dengan perkahwinan ni, kenapa awak terima pula? Awak boleh tolak kalau awak tak nak. Sekarang ni awak nak salahkan saya pula?!” aku melawan tapi masih ditahap bisikan. Takkan nak menjerit pula? Aku leraikan pegangan tangan Fauzan dipinggangku dan berpusing menghadapnya. Kesabaran aku pun ada tahapnya...