Dia atau Aku?? 3



Episod 3

“Abang Han!! Kak Yana!! Mak uda panggil breakfast!!” jeritan Damia mengejutkan lamunan aku. Terbang segala apa yang aku teringatkan tadi.

“Ok, nanti abang Han dengan kak Yana datang.” Jawab Farhan sambil terus-terusan merenung aku. Aku menunduk. Segan pula direnung sebegitu rupa.

“Yana dengan Angah baik-baik je kan?” Farhan bertanya. Matanya masih lagi merenung membuatkan aku semakin gelisah dan rimas.

“Yana..”

“Baby... Nape tak masuk lagi?” Baby? Aku menoleh ke arah suara itu. Fauzan!! Pandangannya yang aku tak tahu nak gambarkan macam mana. Aku bangun dari kerusi. Dupp! Sekali lagi terasa jantungku nak tercabut. Tangan Fauzan elok memeluk pinggangku. Ditarik aku rapat ke sisinya. Matanya memandangku.

“Nak sembang dengan Han lama-lama, lepas ni pun boleh. Kita makan dulu ye?” lembut tutur katanya tetapi nada seperti marah. Aku pun tak pasti. Wajah Fauzan dan Farhan aku pandang silih berganti. Farhan mempamerkan wajah yang tidak puas hati. Mungkin dia tak puas hati sebab aku tak jawab soalan dia kot. Fauzan pula, mukanya seperti menahan marah. Tak faham aku.

“Hei, look at me baby. Jangan tersalah pandang ok? Ni.. Ni wajah suami Yana.” Diambilnya tangan kiriku dan diletakkan di wajahnya. Sekilas, sebuah kucupan kecil tersasar dibibirku. Aku tergamam. Gila! Fauzan buat gila pagi-pagi ini. Terasa mukaku sudah memerah. Segan dan malu! Farhan yang melihat, apa yang difikirnya.

“Korang ni.. saje buat aku nak kahwin cepat-cepat. Dah la. Mari masuk. Nanti semua pelik kenapa kita tak masuk lagi.” Ketawa Farhan sambil mula bergerak masuk ke rumah. Kaki aku seolah terkunci. Fauzan tak suka dengan perkahwinan ini. Tapi, perbuatan yang ditunjuk pula sebaliknya.

“Mari masuk..” Fauzan memimpin aku seperti anak kecil. Aku hanya pandang dari belakang. Bermacam-macam yang bermain di benak aku kala ini. Fauzan, tolonglah jangan semai rasa cinta di hati ini. Yana takut.. Yana takut bila Yana dah mula rasa sayang, Zan buat keputusan menamatkan perkahwinan ini. Yana tak mahu kecewa! Jerit hati aku. Memang tidak dinafikan. Perlakuan fauzan tadi sedikit sebanyak mencambahkan rasa cinta aku yang dah lama wujud untuk dia semenjak kami kecil lagi.




“Sit. Nape termenung je ni?” Semua yang sudah tersedia duduk dimeja makan memandang aku. Huu.. Segan. Aku kalih pandang ke Fauzan. Senyuman nipis dihadiahkan kepada aku. Entah bila sampai ke ruang makan ini pun aku tak sedar. Perlahan-lahan aku duduk di kerusi yang disorongkan Fauzan. Kananku Fauzan. Manakala kiriku, Farhan.

“So, Yana.. Angah.. Dah fikir ke mana kamu berdua nak honeymoon?” gulp! Terasa bihun yang baru hendak kutelan tadi tersekat dikerongkong. Uhuk! Uhuk! Tercekik. Air yang dihulur cepat-cepat aku hirup. Terasa belakang badanku diusap-usap. Beberapa ketika, baru aku perasan semua orang pandang aku. Silih berganti dikiri dan kananku. Fauzan mengusap belakangku. Manakala Farhan yang menghulurkan air. Oit! Kenapa ni?

“Baby ok?” aku hanya menjawab dengan anggukan. Terasa malu dengan insiden yang berlaku. Tangan kiri Fauzan masih lagi mengusap-usap belakangku dan tangan kanannya memegang cawan yang aku minum tadi. Aku kerling sebelah. Farhan meneruskan suapan seperti tiada apa yang berlaku. Pelik. Farhan berkelakuan pelik dari awal pagi tadi. Tak tahu kenapa.

“dah-dah.. mari kita makan. Malam nanti pun boleh cakap pasal honeymoon Pn. Aishah oi.. sampai tersedak menantu kita awak buat.” kata-kata abah mertuaku disambut dengan gelak ketawa semua adik-beradik Fauzan. Ibu mertuaku hanya mencebik mendengar gurauan abah.

“Umi.. along ingat, petang ni along nak pergi teratak bayu la. Umi nak along bawak apa-apa untuk nek Pah ke?” teratak bayu!

“Yana nak ikut!” spontan aku meminta. Nek Pah..

“Kenapa baby nak ikut? I thought abang nak bawa baby pergi naik Genting lepas sarapan ni.” Ada sedikit nada marah. Kenapa Fauzan nak marah-marah je ni?

“Yana dah lama tak jumpa nek Pah.. Lagipun, Yana baru je pergi genting dengan kawan-kawan before kita kahwin.” Sangat mengharap Fauzan membenarkan aku pergi.

“Bila-bila masa boleh jumpa nenek. Lepas naik Genting, kita terus pergi rumah nenek ok? Tidur sana 2 malam.” Fauzan masih tidak mahu beralah. Mereka yang di meja makan hanya sekadar menjadi penonton.

“Haa.. Pergi la rumah nek Pah kamu tu angah. Lagipun, dah lama nek Pah tak jumpa kamu berdua. Lagi-lagi Yana ni. Angah pun sama. Along je yang rajin pergi jenguk nek Pah kamu tu. Genting tu tak lari kemana. Nek Pah usia dah lanjut. Time-time macam ni kita kena selalu ada dengan dia.” Yes! Abah sudah mula masuk campur dan aku pasti Fauzan tidak boleh membantah.

“Baru Farah perasan.. Nape nek Pah tak datang majlis kahwin angah, bah?” soalan yang ingin aku tanya sudah pun diutarakan oleh Farah, adik Fauzan.

“Nek Pah dah tak larat nak jalan jauh. Lagipun dia sayang nak tinggalkan rumah arwah Tok Lang tu.” Farah mengangguk-ngangguk tanda faham.

“Aba..”

“We’ll discuss bout this later, k? Now, just eat your breakfast.” Fauzan membisik keras di telingaku. Takut didengari oleh orang lain agaknya.

“Yana nak tanya sesuatu dengan abah ke?” lembut tutur abah bertanya. Mungkin bapa mertuaku ini ada terperasan yang aku ingin bertanyakan sesuatu. Aku menoleh wajah Fauzan sekilas. Dia khusyuk menghadap sarapannya. Seakan tidak mahu ambil tahu saja gayanya.

“Tak adalah.. soalan yang Yana nak tanya tu, Farah dah tanya.” Aku senyum nipis pada abah. Dan keadaan di meja makan pagi itu kembali senyap seperti biasa sambil di selang-selikan dengan suara Damia dan Danish anak Kak Baiti, ibu saudara Fauzan.

Aku mengeluh. Sesekali aku mengerling ke arah Fauzan. Geram. Tak boleh nak berdiplomasi langsung! Seyakinnya, aku pasti dia tidak membenarkan aku pergi ke rumah Nek Pah melainkan aku mengikut sahaja agenda yang dirancang olehnya.

Comments

Popular posts from this blog

Dia atau Aku?? 2

Cintakah kita? part 1