Cintakah kita? part 1



Salam.


Maaf sangat-sangat dah lama tak update blog nih. Buat masa ni tak ada idea nak sambung DAA. Jangan risau, aku akan berusaha juga sambung cerita tu. So, in the meantime.. Layan cerpen ni dulu ok?





"Good night, baby. Come here, give mama a kiss." kupeluk erat-erat dan cium anak gadisku dua orang itu. Raiqah berusia 9 tahun dan Raisha 7 tahun.

"Good night mama. We love you." mereka turut mencium dan memelukku erat.

"Hey, why don't you girls give ayah an extra hug, nice and tight?" aku berbisik di telinga gadis-gadisku.

"Ok mama!" terusan mereka meluru ke arah suamiku.

"Oh, what's this all about?" suamiku yg sedang buat kerja, terkejut dengan terpaan pelukan Raiqah dan Raisha.

"Mama said to give you extra hugs!" kata Raisha riang disambut juga anggukan oleh Raiqah. Aku hanya memerhatikan mereka anak-beranak. Jiwa yang gelisah sedari petang masih jua belum tenang.

"Extra hugs? How about extra hugs and kisses? Muahhh! Muahh! Muahh!" Ciuman dan pelukan berbalas-balas antara mereka bertiga. Namun, lirikan mata suamiku tajam menyorot ke arahku.

"Ok. Now off to bed. Go brush your teeth." kata-kata suamiku akhiri good night kiss mereka.

"Girls, why don't you tell ayah how much you love him?" serius. Hati aku masih belum puas. Aku dihadiahkan lagi dengan renungan tajam suamiku.

"We love you so much ayah!!" kata Raiqah dan Raisya serentak.

"I love my princesses too. A lot!" jawab suamiku. Senyuman sayang dihadiahkan buat mereka. Namun, matanya masih melirikku tajam. Tanda tidak puas hati.

"How about mama? Ayah love mama too, right?" suara comel Raisha bertanya. Saat itu, aku pandang suamiku. Pandangan yang lembut. Pandangan seperti mana pertama kali aku menunggu bibirnya mengucapkan kalimah cintanya sewaktu jiab kabul dulu.

"Mama?" pertanyaannya terhenti. Dipandang kedua wajah anak gadis kami.

"Yes, I do love mama. I love her.. so much." hatiku sayu. Suara dia tak seyakin dulu. Benarlah apa yang bermain dibenakku.

"Mama?" kini pertanyaan itu diutarakan padaku. Aku pandang wajah anak-anakku dan suamiku bersilih ganti.

"I love him for the rest of my life. And for sure I love you guys too! Much much. Mmm. Ok, let's go to bed. You guys have to wake up early in the morning. Ayah will send you to school." seraya aku membawa Raiqah dan Raisha ke bilik tidur mereka.

Usai mendodoi Raiqah dan Raisha, aku menuju ke kamar ku. Terdengar bunyi pancuran air tanda suamiku sudah berhenti melakukan kerja pejabatnya. Aku mempersiapkan katil. Rutin harianku sebelum tidur. Tidak betah tidur atas katil yang tidak kemas. Sikapku yang satu ini sangat disenangi suamiku awal perkahwinan dulu. Namun sekarang..

Bunyi pintu bilik air yang terbuka menyedarkan aku. Aku buat tidak endah. Terasa sorotan matanya mengekori setiap perbuatanku. Dahulu, sorotan mata yang tajam itu sering membuat hatiku berdegup kencang. Namun tidak kini. Tawar sudah segala perasaan aku. Ahh.. Mungkin dia lagi tawar terhadapku. Malah, mungkin sudah tiada lagi aku dalam hatinya.

Aku menyelesakan pembaringanku. Doa tidur, ku baca sayup di dalam hati. Gerakan di sebelah memberitahu suamiku juga telah mengambil tempatnya. Beberapa saat.. Gerakan terasa semula. Aku buka mata sedikit. Dia baring membelakangiku seperti malam-malam yang sebelumnya. Kesayuan menjentik hati.

"Do you still love me?" aku berpaling menghadap belakang tubuhnya. Bergerak sedikit dan berkongsi satu bantal dengan suamiku. Seperti dulu. Bezanya, dia yang melakukan sebegitu terhadap aku setiap kali ingin memujukku.

Sunyi sepi antara kami. Aku tahu suamiku masih belum tidur. Kehangatan tubuhnya aku boleh rasa. Namun aura dingin tetap terpancar. Peristiwa petang tadi, masih tergambar-gambar di fikiran. Sungguh aku berusaha menidakkan. Kawan baikku Naima, awal lagi berusaha memberi aku amaran. Kerana sayangkan suami, amaran dan nasihat bagaikan masuk telinga kanan, keluar kiri. Ahh. Baru kini aku menyesalinya.

Tersentak aku tatkala suamiku berpaling menghadapku. Rapat. Hembusan nafasnya menampar-nampar wajahku. Hidung berlaga. Mata merenung tajam menusuk hatiku. Lama kami berkeadaan begitu. Masing-masing merenung mencari cinta yang terwujud.

“What makes you think that I don’t love you?” aku ditarik rapat ke dadanya dan pelukan dieratkan. Terasa ciumannya di rambutku. Jatuh di dahi, kemudian di pipi dan berhenti di bibir. Lama. Seolah-olah ciuman itu tiada penamatnya. Rasa cinta terhadapnya kembali segar. Ini sebabnya aku sukar untuk membencinya walaupun kesalahan yang suamiku lakukan lagi besar daripada rasa benci yang sepatutnya wujud.

Sekilas gambaran petang tadi melintas ke fikiran. Pantas aku menarik wajahku dari terus terbuai daripada rasa cinta yang tiba-tiba membuak. Namun, pelukan masih dieratkan oleh suamiku. Menarik aku rapat kembali. Hidung dan dahi sama-sama bertemu. Aku merenungnya dalam. Cuba mencari kebenaran disebalik tingkah lakunya.

“Is it me that can't see the love in your heart through your eyes or… actually it just gone?” aku bertanya. Lirih hatiku. Anak mata kami seiring bergerak mencari hakikat dan tak salah kalau aku katakan bahawa suamiku seolah-olah cuba melarikan anak matanya daripadaku.

“For the rest of my life.. You will always be in my heart.” Serentak kucupan di bibirku dan pelukan dieratkan tanda suamiku tidak mahu lagi perkara ini dibincangkan. Aku kembali hanyut dengan rasa cinta dan sayang yang tak bertepi. Aku hanyut dibuai cintanya setelah sekian lamanya ditinggalkan kesepian. Biarlah kali ini aku merasai nikmat cinta itu sekali lagi andai perpisahan mungkin berlaku selepas ini.





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dia atau Aku?? 2

Dia atau Aku?? 3