Cintakah Kita? part 2



"So, apa reaksi Mika?" tanya Naima sambil menyelak majalah di tangan.

Naima tak pernah tak berfesyen. Cantik dan mesra muslimah. Banyak cara pemakaian aku dipengaruhi dia. Pengaruh yang sangat baik. Aku mula belajar untuk menutup aurat lebih baik dari sebelumnya. Hati wanita bernama Naima ini pun bukan lembut mana. Sampai sekarang tak kahwin lagi. Tak sampai seru katanya.

"Iman, I'm asking you. Iman dengar tak Nam kata apa ni? Boleh pula termenung." majalah yang diselak-selak, di letak atas meja tanda perbualan 'serius'. No more backing off.

"Iman dengarlah Nam.." aku jawab meleret. Sehabis mungkin aku cuba melengahkan perbualan kami. Aku sebolehnya tidak mahu berfikir apa yang berlaku antara aku dan Mikael. Bucu kusyen kecil yang aku pegang, aku tarik-tarik tanda hati gelisah.

"Ehh.. Nam ingat tak En. Haidar yang kita jumpa hari tu. Pegawai Eksekutif Keris Holding yang selalu Iman communicate. Iman rasakan.. En. Haidar minat Nam lah. Nam pun nampak serasi je dengan dia. Extra friendlyyy." Aku cuba mengalih perbualan yang mungkin tak akan ada noktah berhenti bila dah bermula.

"Do not change the subject." dalam suara Naima. Ketara benar keseriusannya.

Aku mengeluh buat entah kali ke berapa. Boleh pendek umur kata orang tua kalau mengeluh selalu. Aduhh.

"I don't know Nam. Iman tak semuka lagi dengan Mika pasal perkara tu. It just hurt me a lot tiap kali terlintas dalam kepala. Kalau tengok muka Raisha dan Raiqah lagilah Iman sakit. Allahu." spontan aku memicit-micit dahi aku.

"Iman..." Naima mengeluh. Perlahan-lahan dia merapati aku. Tangan aku yang memicit dahi diambil, dan digenggam erat. Tindakan Naima sebegitu benar-benar membuat kelopak mataku panas dan bergenang.

Demi Tuhan, aku tak kuat bila bab suami dan anak-anak. Mereka sumber kekuatan aku tetapi mereka juga sumber kelemahan terbesar aku. Mungkin semua perempuan yang bergelar isteri mempunyai perasaan yang sama.

But this isn't me! I am a strong and independent woman! bentak aku dalam hati. Air mata yang cuba ditahan mengalir tanpa diminta. Tertunduk aku menekup muka. Malu, tapi aku cuba nak luah semua. Tangisan biasa bertukar menjadi esakan. I cannot deliver any single words. Hanya tangisan dan esakan aku dapat luahkan.

Naima memeluk dan mengusap-usap belakangku. Cuba mendamaikan dan memberi kekuatan. Lama kami dalam kedudukan begitu. Memberi ruang untuk aku meluahkan apa yang aku rasa.

"I need to do something Nam. I can't be like this!" aku tegakkan badan menyeka air mata.

"Apa rancangan kau sekarang?" Naima menarik kotak tisu dan disuakan kepada aku. Kasar aku tarik sehelai dua tisu. Reaksi spontan dengan apa yang aku rasakan sekarang.

“Kalau ikut hati aku yang penuh emosi ni, aku nak berpisah Nam. Tapi, aku tahu tak boleh buat macam tu selagi mana aku tak siasat isu ni. Betul ke Mikael curang? Atau aku tersalah tengok. Aku tak kisah jadi ibu tunggal. Sebab Raisha dan Raiqah dah besar. InshaaAllah mereka faham. Tapi, aku tak nak juga ambil tindakan terburu-buru." aku menarik hujung kusyen yang dari tadi tak lepas dari tangan aku. Kalau Nam perasan ini, mahunya aku kena tempik sebab rosakkan kusyen dia. Aku tarik nafas dalam-dalam.

"Kau seriuslah Iman, punya obvious si Mika tu buat benda tak baik depan mata kau. Eh, kalau perempuan lain ni, aku rasa diorang dah mengamuk-mengamuk, pukul laki diorang ok? Kalau ada bitch tu sekali, hilang rambut kena tarik dah. Mata lebam tu tak payah cerita lah. Kau kan ada silat. Flying kick terus. Flying kick Mika juga.." Naima terdiam.

"Teringat aku kat Megat tiba-tiba weh. Teringat reaksi muka dia lepas terkena kick kau." Naima ketawakan aku. 

Reaksi Naima agak keterlaluan bagi aku dengan cara ketawa dia yang terbongkok-bongkok siap tepuk-tepuk kusyen di ribaan aku.

Suasana yang sedikit tegang kembali tenang dengan lawak yang tak berapa nak lawak oleh Naima. Namun aku sedikit terhibur. Teringat zaman universiti dulu. Dulu memang pantang diusik, aku cepat je naik kaki. Lagi-lagi kalau terima lawak yang tak semenggah daripada kawan-kawan lelaki. Menjerit jugalah kalau kena hayunan di tulang keting. Tak payah serang di private area cukup di urat keting, boleh bikin havoc.

"Kau lah, hilang terus ke-gengster-an kau lepas kahwin. Mika ada bagi kata dua ke apa sampai jauh sekali berubahnya? Nasib baik Raiqa tu ada gaya-gaya macam kau. Berani. Pantang orang usik. Garang dia kemain." Naima sambung ketawa. 

Diteguk air oren twister. yang lama dibiarkan tadi. Mana tak dahaga kalau dah ketawa mengekek macam tu.

"Takkanlah aku nak jadi kasar macam dulu. Lagi-lagi bila dah jadi ibu ni. Air muka Mika pun aku kena jaga." aku teguk juga air oren. Rasa nak tersedak bila fikirkan hidup aku yang berubah 360 darjah.

"Hmmm.. So, apa plan kau ni? Kau pun ada mengadu yang lately ni hubungan kau dengan Mika dah suam-suam kuku kan? Planlah honeymoon. Tarik balik perhatian dia. In the same time, kau boleh investigate hubungan Mika dengan bitch tu."

Aku jeling Naima. Kasar sungguh sebutan bitch.

"Kau tak payah jeling-jeling aku ya. Aku tahu kau pun nak panggil perempuan tu bitch." aku pula dijeling Naima.

"Kau tunggu sini kejap. Aku rasa muffin aku da masak tu. Kalau nak solat, kau masuk je lah bilik tetamu tu." Naima bangkit bersama gelas-gelas kosong.

"Take away la Nam. Baru aku perasan dah pukul 4.30 petang. Dah masuk waktu asar pun. Pukul 6.00 aku nak jemput my girls." aku turut bangkit dari sofa. Mengikuti rapat Naima ke dapur.














Comments

Popular posts from this blog

Dia atau Aku?? 2

Dia atau Aku?? 3

Cintakah kita? part 1