apa yg dikatakan, tak semestinya yg dimaksudkan.
Salam. Just another story of mine. Baca je lah ok? Kalau tak nak pun tak apa. =) 'lapar. :-(' Itu mesej yg aku terima. 'ok. Jom makan. Pukul 8 jumpa kat ______________' Aku reply semula. *pandai-pandailah korang fill in the blanks. Selepas berbalas-balas beberapa mesej yg aku malas nak re-taip kat sini, 'ok. Jumpa pukul 8' sekali lagi aku ingatkan. ':-)' Reply yg diterima, tanda setuju. *kira macam janji dah termaktub la kan? Time tu dah maghrib, solat dan aku pergi mandi jap before nak pergi makan tu. Selesai mandi, aku tengok jam. Alamak, dah pukul 8. Aku bagi mesej lagi sekali. 'kalau dah sampai, bagitau' Tiada reply. Tak sampai lagi la kot. So aku pergi dulu. Kebetulan ramai la pula orang nak makan time tu. Then, aku sms lagi. 'Dah sampai kafe. Nak pesankan apa-apa tak?' Aku takut bila dah ramai sangat nanti, lambat pulak dapat makanan. So, aku order je makanan dulu. Tapi untuk aku jelah. Tak terima reply sms aku pun...