cerita pendek - who is Allah, mommy?

klik utk join


 “Mommy..?”

Yes my lovely Sarah.. Kenapa?”

Suara kecil anak perempuanku memberhentikan pembacaanku. Kupandang wajahnya yang comel. Oh. Dia kelip-kelipkan mata seperti suamiku setiap kali menginginkan atau bertanyakan sesuatu. Aku ketawa kecil melihat perlakuan Sarah.

Yesterday.. ustazah taught about Allah.but I don’t really understand.. Who is Allah, mommy? Ustazah said, Allah is our God.”

“Yes, Allah is our God. Allah the Almighty. Why 
Sarah?” aku mengusap-usap lembut rambut Sarah yang sudah pun mengambil tempat di atas buaian bersebelahan denganku. Umurnya baru mencecah 4 tahun tetapi tidak aku nafikan dia anak yang bijak. Mungkin persekitaran di negara orang ini membuatkan pemikiran Sarah lebih matang.

“If Allah is our God.. but why I never see Him once? Ustazah also said we can see Allah where ever we are.. but I have never really found Him..” Muncung mulutnya sambil bermain-main dengan jarinya. Tanda dia keliru.

Aku tersenyum lagi demi meredakan kekeliruan Sarah. Majalah Reader Digest yang dibaca tadi, aku letakkan di sisi. Aku tarik Sarah rapat dalam pelukanku. Kini Sarah berada atas ribaanku. Aku mengelus-ngelus lembut wajahnya dan menatap matanya. Bersedia memberikan jawapan.

“Sarah dah try cari?” cuba bermain dengan psikologinya.

“Dah..” masih muncung.

“Sarah cari di mana?”

Everywhere.. playground, Nisa’s house, backyard, school and even in my room!” jari tunjuknya yang kecil menunjuk ke serata arah. Kata-kata Sarah hampir-hampir mengundang tawaku. Namun, aku sembunyikannya.

“Oh.. Itu yang Sarah balik lambat semalam? Sampaikan naik risau Mommy dengan ayah. Nasib baik Sarah pergi dengan aunty Rina.” Sengaja aku bertanya walaupun aku sudah tahu ke mana Sarah pergi. Puan Katrina iaitu ibu Nisa rakan sekelasnya yang menceritakan pada aku.

“Sarah really sorry..” mimik mukanya berubah mendung. Nak menangis la tu. Tanganku disalam dan di kucupnya seperti selalu setiap kali bila memohon maaf. Suamiku yang mendidiknya begitu.

Apology is accepted. But please, do tell mommy and ayah if you want to go anywhere ok?” aku kucup dahinya. Mukanya yang mendung tadi beransur-ansur tenang.

So, did you found Allah during your searching?”

“No
.” jawapan yang begitu yakin diberikan oleh Sarah. Kepalanya digeleng-gelengkan.

No? Are you sure?” masih cuba bermain dengan psikologinya.

No mommy. That’s why I’m asking you.” Katanya tidak sabar.

ok. Before mommy giving you the answer, mommy would like to ask you a few questions. Can I?” Matanya yang terkelip-kelip tadi menjadi bulat. Sarah memang suka dengan soal-jawab ni.

“Boleh mommy, boleh!” jawabnya semangat. Senyuman comel menghiasi wajahnya.

“Sarah tengok langit. Isn’t it beautiful? Who do you think created the skies?” kami sama-sama mendongak ke langit.

Kemudian aku pandang wajah Sarah. Kelihatan kerutan di dahinya walaupun tidak ketara sangat. Lama dia terdiam. Matanya melilau-lilau sekitar langit.

“A..Allah..?” jawapan yang kurang yakin ku kira. Namun, sebutan Allah jua yang disebutnya. Sarah mengalih pandangan ke arahku meminta kepastian.

Yes dear. Allah the almighty. Look at your self. Pretty little girl with pretty little eyes. And look at mommy too. A lady.”

“Mommy also pretty.
” Puji Sarah ikhlas.

Thanks dear. Ok. Now, who created both us? Including ayah, your friends, teachers and others?” dahinya semakin berkerut. Aku tersenyum melihat gelagat Sarah.

Aku menunggu Sarah memberi jawapan. Kelihatannya, Sarah terusan berfikir. Aku membetulkan rambutnya yang ditiup angin.

“mmm.. ustazah said, Allah is the creator.” Jawapan bulat-bulat ditirunya.

What about you? What do you say?”

“Allah the almighty
” Suara kecil yang memberi jawapan, membuatkan aku tersenyum lagi.

“Pandainya anak mommy ni.” Sarah senyum menunjukkan giginya yang putih dan tersusun

That is why Allah is our God. Nobody knows how to create a sky even human. Look at us. Very unique and we’re different from each other. Because His only one who knows.” Kelihatan mulutnya membulat dan kepala terangguk-angguk. Lagak seperti orang dewasa.

So what should we say when we praise Him?

“SubhanAllah!” jawab Sarah semangat.

Alhamdulillah, Sarah memahami.

But mommy.. Why I have never seen Allah?” dahinya kembali berkerut. Begitu banyak persoalan yang bermain di fikiran Sarah. Psikologi anak-anak sebaya Sarah harus ditangani dengan bijak.

ok, dear. What is mommy doing right now?” aku tarik nafas dan hembus. Aku ulang beberapa kali. Sarah mengamati perbuatanku dengan mata bulatnya.

Mommy is doing.. breathing in and breathing out!” katanya teruja.

Clever little girl. But what was actually mommy breathed?” ku kucup kedua-dua belah pipinya, hadiah kerana memberi jawapan yang betul. Sarah ketawa senang hati dapat menjawab soalanku.

Mommy is breathing the air.. right mommy?” aksi yang aku lakukan tadi diulang semula oleh Sarah. Mungkin cuba memastikan jawapan yang diberi.

Yes dear. Air.” Aku senyum. Sarah tepuk-tepuk tangan meraikan jawapan yang dia beri.

Then, can you see the air?” aku membetulkan kedudukan Sarah di ribaan.

No mommy. I cannot see it!” perbuatan itu diulang semula sambil tangan kecil Sarah cuba menangkap udara yang keluar daripada hembusan nafasnya.

of course dear.. Air is invisible. The  existence of Allah is way beyond that. We can’t see him but He really exists. We can feel it and we believe it.

Allah doesn’t eat and sleep. Right mommy?” Tanya Sarah lagi.

Indeed. Allah is the greatest. There is none like unto Him. He is the one who gives us rezeki. That is why it is important for us to solah and berdoa. Sign of our gratitude for all the blessings that Allah gave.” Terangku satu-persatu. Cuba memberi pemahaman dan gambaran yang mudah pada Sarah. Mudah-mudahan, seiring dengan usianya yang meningkat, Sarah akan lebih memahami dan mengenali Allah. Moga Sarah menjadi anak yang solehah.

Thank you mommy!” pipiku menjadi sasaran ciumannya.

“Assalamualaikum.. Khusyuknya anak-beranak ni bergosip. Ayah dah sampai pun, tiada siapa peduli.”

“Waalaikumussalammm!” jawab kami serentak. Aku bangun dari buaian dan memimpin Sarah menuju ke suamiku. Huluran salam disambut, dan ku cium tangannya. Terasa sejuk di dahi menerima kucupan suami. Perbuatan yang sama dilakukan pada Sarah. Briefcase bertukar tangan.

“Tak sejuk ke duduk luar dear?” Tanya suamiku pada Sarah. Walapun penghujung musim bunga, namun suhu sudah mula menurun. Mungkin itu yang dirisaukan suamiku.

“Tak sejuk lah ayah. Mommy ada peluk Sarah kuat-kuat.” Sarah lebih senang berbahasa Melayu dengan suamiku berbanding aku yang selalu speaking dengan dia.

Hidangan petang harus dihidang. Aku bergerak masuk ke dalam rumah dahulu meninggalkan mereka bergelak ketawa bersama. Sayup-sayup terdengar suara kecil Sarah yang bertanya itu ini pada suamiku.

Doaku, moga Sarah bukan sahaja pengikat kasih sayang suami isteri, tapi moga menjadi jambatan pahala buat akhirat nanti. Mudah-mudahan.


THE END

Comments

  1. boleh tak beli kebahgiaan berkeluarga..?

    ReplyDelete
  2. maksud cik mimi?

    bg sy, boleh. tapi kena tahu caranya.:)

    pada pendapat sy, dlm keluarga islam, pengajaran didikan agama secara rohaniah jatuh pada seorang isteri. maksud secara halus, cam contoh cerita di atas. suami more kpd didikan secara fizikal - ajar anak solah.

    so, kalo ibu ni pandai main peranan, insyaAllah kebahagian berkeluarga tu kekal hingga ke akhirat. ;) x yah nak beli2 dah pun. insyaAllah secure. ngeh~ gaya sy ckp cam da kawen jek.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dia atau Aku?? 2

Dia atau Aku?? 3

Cintakah kita? part 1