Selamat Tinggal Pujaanku.. Selamat Tinggal Cintaku...

PART I 


Bismillahirahmanirahim... 

Pejam celik.. pejam celik.. dah hampir 6 tahun aku memendam rasa.. Hui.. Pendam rasa apa ye?? Pendam rasa suka dekat seorang insan yang bergelar lelaki. Rasanya tak perlulah aku menulis apa namanya. Nanti kecoh la pulak. Hehehe.. Aku yang tersipu-sipu.. Tapi lebih baik aku bagi dia gelaran.. Aku gelarkan dia, Mr. Luisfigo.


So, yang pastinya Mr. Luisfigo lagi tua dari aku. Alah... 2,3 tahun je tua. Aku start minat pada Mr. Luisfigo since umur aku 13 tahun. Hui.. Lama kan?? Nak buat cam mana.. Kalau hati dah suka betul tak?? Aku minat dia dalam diam je. Aku bukan jenis yang berani terus nak tunjuk muka dan beritahu kat dia. Aku pun ada rasa segan lah.


Mula-mula aku tak adalah nak suka sangat. Tapi, lama-lama 'perasaan' tu makin bercambah. Wah! Hahaha.. Ayat jiwang la pulak. Betul la kata orang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Aku start jadi stalker. Wakaka.. jadi pemerhati dalam diam. Geng aku tau siapa Mr. Luisfigo tu. Mereka yang bantu aku. Kalau tiap kali Mr. Lusfigo lalu kelas aku, diorang akan cepat-cepat panggil aku. 

Aku pun apa lagi, kelam-kabut sorokkan diri. Perasan betul aku ni. Mr. Luisfigo pun bukan tahu pasal aku pun. Hahaha.. Rasa macam lawak la pulak. Lagi best nya, aku prep malam di kelas dia. Nikmat betul!!! I like!! Aku duduk kat tempat dia. Berebut jugak lah aku dengan rakan skelas aku. Tapi, demi Mr. Luisfigo, aku sanggup!! Hahaha... Cinta budak-budak, memang lah macam tu. Betul tak? (aku taip sambil tersenyum-senyum).


Masa pertengahan tahun form 2, Mr. Luisfigo dah tau aku suka kat dia. Member aku punya pasal la! Hantu betul.. aku dah makin segan gila. Tiap kali dia masuk kelas waktu prep nak ambil buku ke apa, aku mesti pergi menyorok kat kelas sebelah. Lepas tu, intai-intai kat pintu belakang. Yang paling memalukan, ada satu hari tu dia masuk kelas, tapi waktu aku tengah khusyuk buat homework. Last minute punya homework. Fokus punya fokus, dia dah ada di pintu dengan kawan dia. Sumpah aku tak perasan. Itu pun sebab ada yang gelak-gelak, baru aku perasan.

Hui! Kelam-kabut aku bangun bila nampak dia kat situ. Satu kelas aku gelak. Ya Allah... malu gila. Tak tahu la nak cover macam mana. Jahat classmates aku ni. Diorang semua tahu yang Mr. Luisfigo dah sampai. Tapi seorang pun tak beritahu. Aku perasan muka Mr. Luisfigo waktu tu. Dia tersengih kot! Member dia pun sama. Agaknya dia tahan gelak tengok gelagat yang clumsy semacam.


Hari berganti hari..
Minggu berganti minggu..
Bulan berganti bulan..
Finally..


Mr. Luisfigo SPM.. macam biasa, pelajar spm kena tinggal di sekolah (standard untuk sekolah berasrama). Last day, aku buat cuba beranikan diri untuk menegur Mr. Luisfigo. Oh!! Before that, cerita pasal malam yg sebelumnya dulu. 

Ok. Malam terakhir tu, aku singgah kelas dia. Aku bawa 1 buku nota. Bukan buku nota.. alaa.. yang biasa budak-budak beli tu. Buku fancy-fancy buat tulis biodata kawan-kawan.. haa.. yang itu lah. Jadi, bersungguh aku pergi, rupanya dia tak ada. Yang ada, member dia. Kecewa tak payah cerita sebab korang boleh bayanglah kan punya gugup aku macam mana. Bukan senang nak main confess-confess ni. Memandangkan Mr. Luisfigo tiada, aku pass buku tu pada kawan dia. Siap pesan, aku hanya nak biodata Mr. Luisfigo je. Yang simple; nama, alamat. DOB. e-mail, no fon. Orang lain tak payah. Senior tu mengangguk tanda mengerti. Agak berani juga tindakan aku tu aku kira. Yelah, kau baru junior Form 2 weh, dan orang yang sedang bersembang dengan kau tu super senior Form 5. Kalau senior perempuan tahu, mahu kena maki sebab kurang ajar. haha. Terasa puas la kejap bila dapat pass buku tu. Itu yang esok nya menggeletar lutut aku nak pergi jumpa Mr. Luisfigo minta buku tu semula.

Malang lagi, dia tak ada. Kali kedua kcewa tu.. tak payah nak describe lah kan. Lebih-lebih lagi Mr. Luisfigo buat aku sakit hati dengan membenarkan semua rakan dia termasuklah perempuan tulis kat buku yang aku sediakan khas untuk dia.. Tak pasti dia yang benarkan untuk cover line atau kawan-kawan dia yang tak faham bahasa. Apa lah nasib aku.. Jadinya, sebabkan Mr. Luisfigo tak ada, aku tinggalkan pesanan atas meja dia.


'Good Luck for SPM... bla..bla..bla.' The rest punya ayat, aku dah tak ingat.


Beberapa minggu lepas habis spm, aku cuba sms Mr. Luisfigo. 

"Salam.. ini abang Kamal (bukan nama sebenar) ke? Saya haniza. Ala.. yg duduk kat tmpt abang Kamal masa prep malam. Ingat lagi? Apa cerita abang Kamal sekarang??'


Lebih kurang macam itu la ayat aku taip. 
5 minit..
15 minit...
Satu jam..
Satu hari..
Berminggu- minggu..

No reply from him. Aku ni simple-minded je. He pissed me off
Haha..kecewa? Biasa la tu kan? Aku pun buat tak tahu je. Orang dah tak suka kita walaupun punyalah berpeluh aku confess pada dia. Aku bertekad waktu itu. Aku takkan sms dan takkan suka kat dia lagi. No more Mr. Luisfigo! Tak fikir panjang, aku terus delete nombor dia. No regrets.

Beberapa bulan selepas itu... 

Guess what?
Mr. Luisfigo call wehh!! At first, aku tak perasan tu nombor siapa. Yela, aku bukan hafal nombor telefon dia. Lagi--lagi aku dah siap delete. Nak tahu apa perasaan aku waktu tu??

Berdebar.
Gembira.
Terharu.
Sengih memanjang.

Aku tak expect langsung yg Mr. Luisfigo akan call. Wow! Hahaha... nak tau siapa paling nervous? Mr. Luisfigo! Hahaha..


Aku: Assalamualaikum. Siapa ni??
Mr. Luifigo: Waalaikumussalam.. ni Haniza ke?
Aku: Ya.. Siapa ni?? 
Aku memang jenis tak puas hati sikit kalu bab telefon tak ada pengenalan diri ni. 

Mr. Luisfigo: ni abang Kamal la. Kenal lagi tak? 
Aku terdiam. Cuba menginterpretasikan data yang baru aku dapat.. 

Aku: oh.. kenal. Kenal. Wah.. apa mimpi call ni? 
Aku drama macam tak ada apa-apa berlaku. Berlakon macamlah dah berkawan lama. Tapi sebenarnya, control habis! 

Mr. Luisfigo: hahaha.. tak ada. Sengaja call. Buzy ke?
Halus ketawa dia betul-betul buat aku separuh nanar. kahkahkah
Waktu itu, aku sedar yang aku ni masih lagi die-hard fan Mr. Luisfigo. Aku masih lagi suka dia.
Tak lama pun kitorang sembang sebab aku lagi banyak cakap daripada dia. Mr.Luisfigo agak senyap. Mungkin mati akal tak tahu nak cakap apa atau mungkin segan. Tapi, ma cam terbalik pula. Aku la yang sepatutnya segan kan? 

Aku: kenapa senyap? Habis kredit nanti. Cakap la apa-apa.
Geram. Aku lagi cakap banya daripada dia. 

Mr. Luisfigo: hah? Haha.. tak tahu la nak cakap. 
Aku pun terketawa sekali dengan dia. 

Aku: tu la.. lain kali, sebelum call tu, rangka la ayat dulu. Kan dah tak tahu nak cakap apa.
Nada mengusik 

Mr. Luisfigo: hahaha. Bukan.. selalunya.. tak macam ni. Kalo orang lain, banyak je yg abang cakap. Dengan haniza, terdiam pulak. Hahaha... 
Hati aku berbunga. Sumpah! Kalau dia boleh nampak muka aku blushing waktu tu, mesti aku dah malu gila.


Sejak hari itu, hubungan kitorang makin rapat. Aku tahu dia anggap aku macam adik dia je. Dia sendiri pun cakap macam tu. Tapi aku tak kisah. 
As long as I can be with him,
talk to him, laugh with him..

Itu pun dah lebih dari cukup kan? Kitorang selalu balas sms. Sampai la masa aku form 4. Waktu itu aku tengah buzy dengan persediaan untuk jadi wakil daerah bola baling. Sibuk latihan di Pusat Kokurikulum Perak Tengah. Berulang dari maktab ke pusat latihan. Mr. Luisfigo ada cakap yang dia dah nak berangkat ke Rusia. And I noticed that. But somehow, aku boleh terlupa.

Nak dijadikan cerita, satu hari itu, aku dan tiga orang teammates, dah dalam kereta Cikgu nak keluar pergi pusat latihan. On the way kereta yang aku naik menurun bukit ke pondok pak guard, berselisih la dengan satu kereta yang sarat dengan penumpang lelaki nak naik ke atas, ke lobi sekolah. Kawan-kawan aku semua kecoh kata dalam kereta tu ada super senior. Aku pun pandang je la. Tapi tak alert sangat. Elok melepasi pagar sekolah, aku dapat mesej. Mesej daripada Mr. Luisfigo.


'Aniz kat ne? Abang ada baru sampai PS ni.'
(PS tu shortorm untuk Pasir Salak)


Aku terkedu. Ya Allah.. kenapa aku boleh tak perasan yang Mr. Luisfigo ada dalam kereta tu tadi? Once again, aku kecewa.. bertambah lagi kecewa, aku tak dapat nak ucap selamat jalan pada dia. Aku perasan pun, masa tu dah terlambat. 

He's already fly to Moscow. But! Ah-hah! Hohoho. One week after he left, aku terima satu sms. Waktu tu, waktu prep malam. Aku tak cam nombor apa sebab nombor yang tertera panjang sgt. 7708 dan something. Ada 11 digit semuanya. Definitely bukan nombor Malaysia.

'Salam.. aniz, ni abang Kamal. Abang dah sampai di Moscow. Hehehe.. take care sis.' 

Aku rasa gembira sangat. Nak menangis pun ada. Terharu. Bukan nak perasan ke apa.. tapi, daripada sms yang ditaip, aku tau yang dia caring pasal aku. Kalau tak caring or kisah, takkan Mr. Luisfigo mesej aku kan? Itu yang buat aku suka sangat dengan dia. Susah kot nak kikis perasaan tu. Even aku ada couple waktu tu, tapi hati aku masih lagi ada secubit suka pada Mr. Luisfigo...


*************************************************************


PART II


Yeh.. that time hati aku tersangat la syok. Perasan la kejap yang kita ni tak bertepuk sebelah tangan. Bukan one-sided crush kononnya. Kalau bab-bab perasan ni, aku memang nombor satu. 

Tanya korang sikit, kalau orang yang kita suka layan kita, boleh rasa tak best ke? Tak tahu la pula ada orang yang rasa tak best kan... ok! Sambung cerita... 


Sepanjang Mr. Luisfigo menuntut di Moscow, aku still keep in touch with him. Melalui sms sahaja lah. Nak call, hui.. memang tak la. Berapa ratus ringgit kena charge nak buat panggilan jauh Malaysia-Rusia sana.  

Saat paling menggembirakan dan membuatkan jantung aku berdentum-dentum bila dia telefon straight from Moscow masa malam hari raya pertama 2007!!

Dup dap
Dap dup
Sistolik 135
Diastolik 54
Jantung macam nak meletup!!
Argh!

Tapi yang geramnya, waktu itu aku dalam kereta on the way nak balik Ipoh dari Parit. Talian tak clear atau lagi senang memang tak ada line pun!! Argh! Stress nak mati waktu tu. Menggeletar tangan aku masa nak angkat telefon tu. Alih-alih..

“hello.. hello.. helloooooo!!!!” tit! Terus aku letak telefon. Tangan still menggeletar sambil memandang telefon tu lama.

Waktu tu, Along aku dah hairan. Aku hanya tersengih. Nak cover la bajet. Satu jam perjalanan tu, aku menyesal tak sudah-sudah. Macam-macam bermain di benak aku.


Apa pasal lah aku gatal nak ikut beraya?
Apa perasaan Mr. Luisfigo waktu tu?
Marah?
Kecewa?

Akhirnya dalam 10.30 malam aku sampai Ipoh. Penyesalan aku masih tak terubat. Tangan aku pulak masih lagi memegang erat handphone dengan harapan, Mr. Luisfigo akan call aku semula.


10 minit.
15 minit.
20 minit.
30 minit.


Sah! Mr. Luisfigo takkan call balik. Untuk menaip mesej dan minta call semula, rasa segan dan malu menghalang. Lagipun, bil telefon mesti lah mahal. Entah berapa lah agaknya. So, dengan kekecewaan yang amat sangat, aku bergerak ke ruang tamu join sepupu yang lain tengok tv (before tu, aku ada dalam bilik sorang-sorang). selang tiga langkah..


Is it a new years eve party in Kazakhstan
yeah, what's going on 2006
mario and nasty, what up? with the brand new classic, yeah
ride with us, it's about two guys and hot girl
yeah, keep it up, keep it down, two step with me, come on!
let's do it, do it,do it like this...


Caller ringtone aku berbunyi. Lagu never say goodbye soundtrack  Korean Drama My Girl. 

Kelam-kabut aku patah balik masuk bilik. Sempat terlanggar kerusi komputer yang ada dekat sebalik dinding. Berputar-putar sekejap. Nasib baik tak jatuh. Sampai je dalam bilik, aku capai phone and tengok nama pemanggil. Dalam hati aku waktu tu..


Please... Please... 
Mr. Luisfigo..
Mr. Luisfigo..
Yabedabedoooooo!!!


Mr. Luisfigo.. calling... calling.. hooray!! Malaysia boleh!


Aku menari-nari sambil melompat-lompat. I can't hold my excitement at all!
AMARAN! PERBUATAN INI DILARANG KERAS SAMA SEKALI SEMASA BERADA DI HADAPAN KHALAYAK RAMAI. HANYA ORANG YANG MEMPUNYAI HORMON NORADRENALINE TERLEBIH SAHAJA BOLEH MELAKUKANNYA.


Dengan perasaan yang berbunga-bunga macam pokok sakura berkembang pada musimnya, aku klik ANSWER.


Aku: assalamualaikum.. 
suara control habis. Nafas pun tertahan-tahan. 

Mr. Luisfigo: waalaikumussalam.. Aniz.. 
hui.. rindunya lah ai aku .. 

Aku: hai! Ingatkan abg Kamal tak call da. 
Sengaja aku buat suara sedih.. 

Mr. Luisfigo: hahaha.. itu la. Tiba-tiba call balik la pulak. Buat apa? Ganggu? Kat mana tu? 
Dah jadi taman bunga dalam hati aku sekarang. Semua bunga berkembang dengan segarnya! 

Aku: hmm.. dah sampai rumah. Baru je. Sorry terputus tadi. Tak ada line.
Sungguh-sungguh aku beritahu. 

Mr. Luisfigo: tak apa. Abang faham. Hehehe.. selamat hari raya Aniz. 
Aku semakin tak boleh sembunyikan perasaan berbunga aku. Huhuhu.. tolong! 

Aku: heh? Oh! Hahaha.. selamat hari raya. 
Kali ni aku banyak terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Aku terharu. Yelah.. biasanya, malam raya macam tu, family atau kawan-kawan rapat yang jadi sasaran utama untuk call. Betul tak? Dan aku? Ada dalam list dia. Ya! Ya! Ya! Betapa terharunya aku!

Sekejap je kitorang. Dalam 10 minit macam gitu. Yelah, masing-masing tak tahu nak cakap apa. Tapi aku ada tanya Mr. Luisfigo berapa lama dia kat sana? Macam mana sambutan raya? dan lain-lain. Tak perlulah aku taip ek?


Jam berganti jam...
Hari berganti hari..
Minggu berganti minggu..
Bulan berganti bulan...
Dan tahun.. berganti tahun..


We still contact each other. Hebat kan? Bagi aku, kira hebatlah.. hubungan jarak jauh kot. Jap, kami ada hubungan ke? Oppss!! Hehehe.. Tak ada hubungan. Just brother n sister not related by blood.  

Masa aku sambung belajar kolej matrikulasi, dia rajin sangat call aku. Seronoknya, tak payah nak cakap la. Memang happy gila. Lagi-lagi dia dah clash dengan awek dia. Tapi waktu itu lah. Sekarang dah kembali bersama. 

Haa.. berbalik pada dia selalu call aku. Waktu tu aku ‘terperasan’ lagi sekali. Yelah, asyik call je.. bukan tanda suka ke? Betul tak. Guys.. kalau korang suka seseorang, mesti kita nak dengar suara dia kan? Tapi aku tak tahulah Mr. Luisfigo ni macam mana. I’m just assuming.

Tak salahkan nak assume?
Tak salahkan nak rasa bahagia?
Tak salahkan nak perasan?

Itu semua hak diri sendiri. Dan aku sedang mempergunakan sebaiknya. Kisah aku dan Mr. Luisfigo yang selalu berhubung tu, satu geng aku tahu. Dan mereka juga assume Mr. Lusifigo ada rasa suka kat aku. Lagilah aku seronok!! Ngeh.. ngeh.. ngeh.. aku ingat lagi pada kata-katanya,

"Abang tunggu umur aniz 20 tahun. Sekarang ni kecil lagi. Tak sesuai cakap pasal pakwe makwe."


Ye. Tunggu umur aku 20 tahun. Tapi kata-kata hanya tinggal kata-kata... .......................... hmm..!! 
Pada mata Mr. Luisfigo, aku tetap budak kecil yang umurnya 14 tahun. (first time masa dia noticed aku). Apa perasan korang, kalau minat seseorang tapi dia anggap kita budak kecil? Hey, i’m a girl ok? Not a little girl. 

Geram dan sedih. Marah pun ada. Tapi tak mengapa lah. Tak kisah pun. Just like what I’ve said before, I’m a simple person. If I looks like a little girl for him… yeh.. I’m always going to be a little girl for him.
But suddenly…. Again… he pissed me off…


No call.
No sms.
No friendster.
No YM.

Facebook?? Waktu tu aku tak kenal facebook lagi. So, tak tersenarai kat sini. 

Where have he been? Aku jelah yang rasa diri ini digantung tak bertali kn. Bagi Mr. Luisfigo, mungkin perkara biasa. Atau mungkin tak pernah terfikir pun! Lama juga lah aku rasa digantung tak bertali. Awal semester 2 kolej matrikulasi, hingga habis matriks. 

Again.. i’m a simple person. Doesn’t mind it all. Tapi.. my feelings for him started to slow down... Ya.. mula terasa diri ini terhegeh-hegeh. Am I pathetic? I guess so..

Mula-mula masuk UKM, kami berhubung semula. Macam chipsmore kan? Sekejap ada, sekejap tak ada. Biasalah tu.. manusia ni suka main sorok-sorok. Tak ada beza dengan chipsmore.

Haa.. waktu ni aku mula tahu yang dia dah couple balik dengan ex-awek dia. Yelah.. dah lama tak keep in touch, aku pun tanya la mana Mr. Luisfigo menghilang? Dia cakap, sekarang ni dah tak main friendster dah. Facebook je. Huh! Tergeram la sekejap. 

Aku pun mula buat facebook. Tapi reason tak berkaitan langsung dengan Mr. Luisfigo ek? Member-member yang ajak. So, sambil menyelam minumlah air kan? 

Aku terjumpa profile dia. Actually, lebih kepada stalking. Tengok segala gambar-gambar dia. Hui.. Terasa macam dah develop obsessive behavior pula. Tapi bukan obses, just purely curious. Kat situ terkantoi gambar Mr. Luisfigo dengan awek nyar.


Luluh.
Sedih.
Kecewa.
I’m flying without wings..

My feeling towards him?? ZERO. Unknown. 
Alhamdulillah.. aku dah tak terikat dengan perasaan tu dah. Lega tapi sedikit sedih. Biasalah tu kan... cinta si budak kecil. Keterujaan yang sementara. Tapi tak dapat nafi, it does give you a moment to remember.

Bila ditanya pada Mr. Luisfigo bila couple balik, jawab nya,
"Masa abang da sampai Malaysia, balik bercuti dan jumpa kawan-kawan balik."

Lagi.. masa ber-yahoo messanger dengan Mr. Luisfigo, 

Mr. Luisfigo: Nak dekat ‘orang’ tu, tapi dia jual mahal sangat. 
Ehh. Aku jual mahal ke? Aku tertanya-tanya. Bila masa pula ni? 

Aku: mana ada jual mahal. 
Aku menafikan. 

Mr. Luisfigo: Banyak kali abang berkias-kias. 
Yeke? 

Aku: Aniz tak faham bahasa kiasan. Aniz faham bila cakap straight forward je. 
Itulah diri aku. Ya.. aku faham kiasan tu. Tapi... kiasan.. boleh jadi benar, boleh jadi salah. Betul tak? 

Tak nak la pulak nanti jadi hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Malu beb! Teman pun ada rasa segan. 
 
In conclusion
, sekembalinya Mr. Luisfigo ke Moscow, dengan berangkatnya kaki dia masuk ke perut kapal terbang, maka berangkatlah juga perasaan suka aku pada dia... 

Tawar hati dengan semua yang berlaku. I guess, crush will always be a crush even you bravely confessed to that person.

SELAMAT TINGGAL PUJAANKU..... SELAMAT TINGGAL CINTAKU.....

bye memoriku.. ngeh.. ngeh.. ngeh.. akan kupahatkan diingatanku sampai bila-bila. Boleh citer kat cucu cicit aku nanti. so guys.. memori cenggini jangan dilupakn. kenangan kot! boleh buat kita ketawa. betul tak?

~THE END~

MORAL OF THE STORY:

ustaz aku ada cakap, kalau kita suka seseorang tu.. jangan bagitahu sesiapa. Biar jadi rahsia antara kita dengan ALLAH. Insya-Allah akan dipermudahkan jalan oleh-Nya. Tu sebab suka aku kat Mr. Luisfigo tak menjadi kot. Yelah.. mulut aku ni kepoh sangat pergi bagitahu orang. Huhuhuuhu..

Comments

  1. salam prknln. huhu... kngn trindh ek!? sklh kat ne dulu. bljr kat ne skang?

    sory bnyk tanye, just curious about ur crush. dulu sy pu ada mnt kat ssorg, tp kwn2 x prnh tau. malu.... llk tu pun x rasa kwujudan sy. hoho.. skang nie dia f5, tp x tau lah dia dh pndh sklh mana. sy pun dah x igt muka dye

    tehee... cinta monyet jek. 2 taun dh x jmpa lps dye pmr. sy x tau nape sy crita kat akak. agknye sbb teruja ngan crita akak kot.. btw, akak nie mmg brnikn!? kalau sy lmbt lg lah nk brckp ngan org yg sy suka. ngan geng llk skls pun pyh nk tego. hp num!? 2,3 org dak laki je tau.

    p/s: ada masa jenguk blog sy n kalau leh follow

    ReplyDelete
  2. slm perkenaln.. maaf. akak bru terbaca komen adik.
    hihihi.. yup. kenangn yg teramat terindh! akak dulu blaja kt mrsm PS (pasir salak). currntly kt ukm bangi.

    about my crush ye?? huhu.. mula2 tu akak suka je. kebetuln kwn akak knal rpt dgn dia. tu yg kami leh kontek sesama kami. tu pn lepas dia da abis skola.

    kt skola, memg x brani la. akak tgk dr jauh je. rse cm t'hegeh2 pn ada. haha.. mcm yg akak cite. dr minat trus jd suka. pas tu b'tmbh serius ske kt dia pn coz dia bg +ve feedback. huhu.. kalo adik, mest adik pn b'tmbh ske kn?

    pe yg akak nk ckp.. prasaan ske yg btol2 punyer adlh waktu adik rse yg adik memg nk sgt bgtau kt si dia. tp.. x nk bgtau. kita nk, tp x nk. faham cm ne? sush la explain. haha..

    adik x pyh risau. once, adik da msuk dunia kampus. lg byk plihan. n ada yg lg baik dr dia. sriusly. so, don't worry, be happy. hehe...

    tp.. mne la tau.. tup2! haa.. adik jumpa ur crush tu. huhu.. gud luck la kalo cm tu ye? hihi..

    ReplyDelete
  3. hehehe segale rase tue..
    i perfectly understand! hehe
    hmm..saket..okey but jauh sudut hati kdg2..hmmm
    but, time will heals d wound..kan?
    hehe
    ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dia atau Aku?? 2

Dia atau Aku?? 3

Cintakah kita? part 1